Translate

Friday, July 20, 2012

PENGIKTIRAFAN BATIK ALAF BARU



ASSALAMUALAIKUM

Batik Alaf Baru dengan inovasi "TEKNIK DAN BAHAN BATIK ALAF BARU" telah dinobatkan sebagai pemenang "ANUGERAH INOVASI UNGGUL" Peringkat Kebangsaan Sempena Konvokesyen Kebangsaan Jiwa Pendidik 2012. 

Pertandingan inovasi menawarkan anugerah gangsa, perak, emas dan anugerah unggul tersebut telah disertai oleh 48 peserta yang terdiri daripada Guru Pelatih IPG, Pensyarah dan Guru Cemerlang Seluruh Malaysia. 
Pertandingan ini telah berlangsung selama 3 hari ( 17 Julai 2012- 19 Julai 2012) di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggung Ibrahim Johor.

Program ini dianjurkan bersama oleh IPG Kampus Temenggung Ibrahim Johor, Majlis Guru Cemerlang, Jabatan Pelajaran Johor dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Tahniah dan Syabas kepad Cikgu Roslan Bin Idris, Guru Cemerlang Seni Visual yang juga merupakan Pengasas Batik Alaf Baru diatas pencapaian dan penganugerahan tertinggi yang telah diterima .
Syukur Alhamdulillah.





KAMI STAFF BATIK ALAF BARU MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA PENGASAS /PENGURUS ANUGERAH KRAF ENTERPRISE DAN GURU CEMERLANG SENI VISUAL DI ATAS KEJAYAAN ENCIK ROSLAN BIN IDRIS

No comments: