Translate

Friday, July 20, 2012

PENGIKTIRAFAN BATIK ALAF BARU



ASSALAMUALAIKUM

Batik Alaf Baru dengan inovasi "TEKNIK DAN BAHAN BATIK ALAF BARU" telah dinobatkan sebagai pemenang "ANUGERAH INOVASI UNGGUL" Peringkat Kebangsaan Sempena Konvokesyen Kebangsaan Jiwa Pendidik 2012. 

Pertandingan inovasi menawarkan anugerah gangsa, perak, emas dan anugerah unggul tersebut telah disertai oleh 48 peserta yang terdiri daripada Guru Pelatih IPG, Pensyarah dan Guru Cemerlang Seluruh Malaysia. 
Pertandingan ini telah berlangsung selama 3 hari ( 17 Julai 2012- 19 Julai 2012) di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggung Ibrahim Johor.

Program ini dianjurkan bersama oleh IPG Kampus Temenggung Ibrahim Johor, Majlis Guru Cemerlang, Jabatan Pelajaran Johor dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Tahniah dan Syabas kepad Cikgu Roslan Bin Idris, Guru Cemerlang Seni Visual yang juga merupakan Pengasas Batik Alaf Baru diatas pencapaian dan penganugerahan tertinggi yang telah diterima .
Syukur Alhamdulillah.





KAMI STAFF BATIK ALAF BARU MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA PENGASAS /PENGURUS ANUGERAH KRAF ENTERPRISE DAN GURU CEMERLANG SENI VISUAL DI ATAS KEJAYAAN ENCIK ROSLAN BIN IDRIS

Wednesday, July 18, 2012

RAMADHAN MENJELANG TIBA


ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Setiap tahun umat Islam akan menyambut kedatangan bulan yang mulia iaitu Bulan Ramdahan.
Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

Saudara-saudari,

Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?
Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap  umat Islam.
Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Saudara-saudari,

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri
sendiri.
Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

Monday, July 9, 2012

PERHATIAN CETUSAN IDEA


ASSALAMUALAIKUM



Setiap idea yang terdapat pada produk BATIK ALAF BARU adalah cetusan idea daripada pengkarya "ROSLAN BIN IDRIS".

Setiap idea tersebut amat mahal dan bernilai kerana ia mempunyai maksud-maksud yang tersirat.

Ruginya kalau anda tidak memiliki produk kraf Batik Alaf Baru Pertama Seumpama di Malaysia..

Kami telah berkecimpung dalam bidang ini sejak TAHUN 1997.
Setiap tahun terdapat karya-karya unik dan cantik yang kami keluarkan.

Awas kepada sesiapa yang menyalahgunakan produk ini kerana kami telah mem"PATEN"kan produk batik yang terunggul ini.

Hak Cipta Terpelihara.


"mana-mana pihak yang didapati cuba meniru, mengguna atau mengulang cetak gambar produk-produk Batik Alaf Baru untuk tujuan tertentu tanpa kebenaran pihak utama syarikat boleh di dakwa di bawah Akta reka bentuk perindustrian 1996 dan Peraturan-Peraturan Reka Bentuk Perindustrian 1999 (Peraturan 20)" 

GAMBAR PENGIKTIRAFAN BOLEH DILIHAT DIRUANGAN "MAKLUMAT TAMBAHAN"

Tuesday, July 3, 2012

SEDERAP BERSAMA







TAJUK : SEDERAP BERSAMA 






SAIZ : 2 KAKI x 3 KAKI
HARGA :  RM800

 PENGKARYA : ROSLAN BIN IDRIS 
(tekan link untuk lihat facebook pengkarya)

TAHUN : 2012 ( MASIH DALAM PROSES) !!!


MOTIF NENAS KONTEMPORARI  
 TAHUN : 2007




JENIS PRODUK : MOTIF NENAS
SAIZ :  3 KAKI  X 2 KAKI

HARGA : RM4000

JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MEMILIKI PRODUK 100% HASIL TANGAN BATIK ALAF BARU

TEKNIK : BATIK !