- Batik merupakan salah satu bidang kraf tradisional yang popular dan unggul di Malaysia. Dihasilkan melalui proses melilin dan mewarnakan kain. Peningkatan permintaan dan bantuan teknologi moden serta komitmen kerajaan telah membantu memesatkan industri batik khususnya di Kelantan dan Terengganu. Kini, batik telah diterima menjadi sebahagian daripada corak pakaian antarabangsa selain produk-produk batik dengan nilai tambah yang tersendiri.
- Batik alaf baru merupakan satu teknik baru` membuat batik' (teknik semburan dan campuran bahan) yang telah membawa dimensi baru dalam penghasilan seni kraf tanah air.Mengguna pakai perkataan batik oleh kerana karya ini mirip batik tulis yang menampilkan garisan'lilin' motif flora dan fauna, motif isen, ton warna dan banyak lagi unsur-unsur parsamaan batik dalam karya batik alaf baru.
- Penghasilannya tidak lagi terikat kepada penggunaan bahan lilin,canteng dan kain,tetapi menggunakan perspek( AKRILIK ) dan spray paint sebagai bahan asas. Penemuan teknik ini memberikan banyak kelebihan,terutamanya dalam menyerlahkan penampilannya sebagai satu hasil karya seni yang baru.
- Penggunaannya amat berpotensi untuk diperluaskan dalam bentuk dimensi baru.
- Antara fungsi Batik Alaf Baru :
Biodata Pengasas Batik Alaf Baru :
En. Roslan Bin Idris , pengusaha Anugerah Kraf Enterprise merupakan Pelukis, Arcawan, Penulis dan Kartunis. Pemegang kad keahlian seumur hidup Balai Seni Lukis Negara, beliau merupakan seorang guru cemerlang Pendidikan Seni Visual yang berpengalaman selama lebih 26 tahun .
Telah menyertai banyak pameran SENI anjuran BSLN, Kraftangan Malaysia & Yayasan Warisan JohorBeliau juga adalah perintis kepada penciptaan Batik Alaf Baru ( teknik semburan ) yang merupakan produk pertama seumpamanya yang wujud di Malaysia.
Batik Alaf Baru telah menyertai banyak pameran dan promosi jualan , Antaranya :
a. Pameran Rupa dan Jiwa Johor , Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur 2006
- Batik Alaf Baru juga telah dipilih untuk dijadikan cenderahati kepada pemimpin-pemimpin negara, antaranya
- a. DYMM Seri Paduka yang Di Pertuan Agong ( 2006 )
- b. YAB Perdana Menteri Malaysia ( 2006, 2009 )
- c. YB Menteri Pertaniaan d. Tun Dr. Mahathir Mohammad
- e. DYMM Sultanah Johor f. DYMM Tengku Mahkota Johor
- g. YB menteri Besar Johor
- h. Lain-lain kenamaan Negara
c. Pameran Batik Alaf Baru Plaza Seni , Bandaraya Johor Bahru 2003 & 2004.
d. Pameran Bangunan Bersejarah Johor 2004 , Galeri Seni Johor.
e. Pameran dan Jualan dibeberapa karnival seperti Karnival Mesra Rakyat , Karnival Jom Heboh TV3.,Karnival Beli Barangan Buatan Malaysia dan banyak lagi.
f. Pameran alam sekitar kita, tanggungjawab bersama MRCB di Balai Seni Lukis Negara 2008.
g. Pameran Minggu Malaysia di Potters Field Park, London 2009.
h. Singapore Gifts Premium Fair 2010,Singapore.
i. Pameran Pelukis-Pelukis Johor, Galeri seni Johor 2009.
k.Pemeran Mata Hati, Guru-Guru Seni Visual, Galeri Seni Johor 2009 l.Art And Design Exhibition`Colour Of Shoutheast Asia, Singapore 2006
Keunggulan Batik Alaf Baru :
1 - Ciptaan teknik terkini dalam karya seni halus dan kraf di Malaysia.
2 - ‘Garisan Lilin’ bewarna emas berkilat.
3 - Tidak pudar/ tidak luntur
4 - Pembikaian tidak memerlukan cermin.
5 - Pembingkaian lebih terang dan menarik.
6 - Warna lebih terang dan menarik.
7 - Tidak basah jika terkena air.
8 - Tidak mudah pecah.
9 - Mudah untuk dibawa ke mana sahaja ( berpindah pejabat, rumah dan sebagainya.
10- 100% buatan tangan.
11- Mounting dan reka corak adalah satu dan tidak perlu kertas mouting.
12- Mengunakan teknik ‘ antraks’ pada bahagian latar belakang.
13- Sesuai untuk menjadikan sebagai hiasan dinding rumah,hiasan pejabat,hiasan bilik
hotel, masjid dan sebagainya.
14- Sesuai untuk dihadiahkan pada majlis perpisahan,persaraan,sukan,perkahwinan,hari
keluarga dan sebagainya. ( hadiah iringan / cenderahati ).